new year, new opportunity
huffffff *tiup blog yang berhabuk. aku rasa aku banyak kali juga tengok blog nie tahun lepas. tapi aku check archive post takde satu pun tahun 2023. baru malam nie tergerak hati nak update balik. sama macam channel telegram aku, last post 31 Disember 2022. literally setahun aku sidai baru ada new post itupun just ucap "alhamdulillah for everything". but yea, tak salah untuk memulai semula. ayuh berkenalan. --- Hai, nama aku Pelangi. nama pena, bukan nama sebenar. kenapa pelangi? sbb aku pun tak tahu nama apa yag cocok buat aku. setidaknya aku percaya kalau mahu jumpa pelangi, kita perlu menyapa hujan dahulu. aku sangat percaya tentang hukum hidup sebegitu umur aku tak tua dan tak muda. masih study, tapi aku juga bekerja...