new year, new opportunity

huffffff *tiup blog yang berhabuk.

aku rasa aku banyak kali juga tengok blog nie tahun lepas. tapi aku check archive post takde satu pun tahun 2023. baru malam nie tergerak hati nak update balik.

sama macam channel telegram aku, last post 31 Disember 2022. literally setahun aku sidai baru ada new post itupun just ucap "alhamdulillah for everything".


but yea, tak salah untuk memulai semula. ayuh berkenalan.

                                                                             ---

Hai, nama aku Pelangi. nama pena, bukan nama sebenar.

kenapa pelangi? sbb aku pun tak tahu nama apa yag cocok buat aku. setidaknya aku percaya kalau mahu jumpa pelangi, kita perlu menyapa hujan dahulu. aku sangat percaya tentang hukum hidup sebegitu

umur aku tak tua dan tak muda. masih study, tapi aku juga bekerja cara aku hahah.

suka masakan melayu, lagi-lagi yang pedas. daging salai dan sambal belacan emang kegemaran gue. kopi aku minum, yang kelat pahit aku boleh telan. aku juga minum teh, lebih sedap kalau kedua-duanya diminum suam. ais pun boleh tak apa pun.


membaca dan menulis itu tak consider as hobi. sebab aku rasa dah tak layak panggil hobi when i grew up, i always on my phone. nah, resolusi aku adalahkembali kepada aktiviti lama aku yang sering membelek buku berbanding peranti. dimulakakan dengan novel bergenre psychology, insya Allah sedikit demi sedikit aku cuba kurangkan screen time aku. aku dah lama tinggal melukis, entah bila nak start balik taktahulah. kuat overthink, annoying, terlebih baik kadang terlebih jahat. kurang feminin tapi energy maskulin juga ada limitasi. ya, aku perempuan.


bagi aku setiap hari dan setiap saat adalah hari kita perlu berkembang. tidak perlu tunggu tahun baru untuk memulakan perkara baru. bahkan minggu terakhir tahun lama pun dah boleh mulakan langkah. cuma bezanya saat memasuki tahun baru, kita akau berjumpa dan mencuba kebih banyak peluang yang ada untuk diri kita.

setiap hari adalah peluang baru untuk kita hidup. setiap hari adalah peluang baru untuk membetulkan kesilapan masa lalu. setiap hari adalah peluang untuk merasa, memberi dan diberi kasih sayang. setiap hari kita akan bertemu dan ditemu orang, bak realiti ataupun maya. kita boleh memulakannya sekarang meskipun kita harus menanti esok, kerana kita tidak akan tau jawapannya kita tak pernah menyoalkannya, oleh itu, manfaat kita pada setiap hari selagi hayat dikandung badan, kelak kita akan ditanya pada dunia seterusnya.


new year, new opportunity. please appreciate every small and little things whenever it still a benefit to yourself. our endeavour should be celebrated even though people only care the things that only benefit to them. we do ourselves, okay?

okaylah, doakan aku ada upcoming test dan presentation. semoga aku dapat buat yang terbaik, InsyaAllah. jumpa lagi.


ganbare.


Comments