It's okay. Try again. You did well.

Setiap yang terjadi, tidak semestinya terjadi seperti yang kita harapkan.
Jalan hidup kita semua manusia, takkan pernah sama.
Yang terbaik, datang dari Allah.
Yang buruk, datang dari kelemahan diri sendiri.

A few weeks ago, I sat for Mid-Year Exam.
And yeah, exam online buat pertama kali.
Paling pahit, bila aku kena facing subjek yang aku tak berapa suka dan tersangat sangat struggle gila nak faham.
and aku jawab, dalam keadaan pasrah dan gasaklah apa yang nak jadi.
ahaha, benda yang aku tak expect.
aku mintak lain, aku dapat lain.
sumpah perit.

Petang tu, bila dah habis jawab, aku menangis sorang ii dalam bilik.
haih.
aku rasa aku dah takde harapan dah nak teruskan hidup.
aku dah rasa macam-macam benda.
penat, sakit.
galau, semua ada.

tapiiiiii...
malam tu, aku bukak laptop sebab nak cari video motivasi sebab nak heal hati aku nie ha.
aku pun sedih, sebab aku rasa aku dah macam kecewakan mak ayah aku pasal apa yang jadi.

Tapi, 
Allah gerakkan hati aku untuk cari video Ustazah Yasmin Mogahed.
islamic public figure yang famous ofc.
Scroll youtube,
jumpa satu video.
"Trust to Allah"

aku buka, dalam tu beliau bercerita dalam menggunakan simple analogy.
Andai kata, kita berada di satu tempat. kita nak balik.
jadi biasanya mak kita yang jemput kita, bukan?

tapi kalaulah satu hari tu, tetiba msa mak kita tengah pandu kereta balik rumah.
tetiba dia ubah laluan jalan,
tak ikut jalan biasa nak balik rumah.
Dan kita tanya "Mak, kita pergi mana?"
Tapi mak kita kata "ikut je."
sedangkan kita memang tahu ke manakah mak kita mahu bawa kita. secara tetiba.
But, adakah kita akan risau dan curious ke mana mak kita nak bawak kita dalam kereta?
Agaknya kita panik atau tak ?
Ada tak kita rasa yang mak kita akan buat benda jahat? atau nak cederakan kita?
adakah kita akan buka tingkap jerit minta tolong?
Mesti tak kan?
sebab apa, sebab yang bawak kereta tu mak kata.
pemandu tu kita kenal.
so mustahil mak kita nak apa ii kan kita, sebab mak dan hampir semua yang bergelar ibu sayangkan anak-anaknya.

so di sini beliau nak sampaikan,
bahawa "ALLAH is the driver in our life."
kita tak tahu perjalanan hidup kita, sebab hidup nie apa yang kita mahukan tapi Allah bawa kita ke aarah yang kita tak tahu apa yang mahu disampaikan.
tapi,
biasanya bila jadi camnie, kita akan panik, kita anxious dan tak tentu arah.
dan kita akan ask for help dengan keluarga atau kawan ii kita.
Tapi, adakah kita akan terfikir yang Allah nie mungkin nak sakitkan kita?
Adakah mungkin yang Allah tak sayang kita?
Hanya kerana kita taktau apa yang takdir nak tunjukkan.

BUT,
ALLAH already mentioned in Quran.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu tetapi ia baik bagi kamu, dan boleh jadi yang kamu menyukai tapi sebenarnya ia buruk bagi kamu."
lebih kurang ayat dia.
agak-agaknya, adakah kita akan berfikir yang Allah nak sakitkan kita?

ALLAH lebih sayangkan hamba-hambanya lebih dari seorang ibu kepada anaknya.

aku termenung panjang lepas tengok video tu.
kena dengan situasi aku yang time tu dah taktahu apa nak jadi lepas ni.
and suddenly, i realized that.
kita siapa yang boleh ubah jalan hidup kita, kan?
hidup kita ada perubahan.
so kita kena berubah, dengan perubahan yang ada.

and alhamdulillah, aku dah boleh terima segalanya.
pasal exam tu, yes result aku memang down teruk.
tapi aku percaya hari aku sedih tu, yang aku dah buat yang terbaik.
its okay, aku boleh cuba lagi.
aku masih ada peluang.

dan kau, yang tengah baca nie. aku nak kau percaya yang dalam hidup nie, selagi kita ada harapan, selagi tu kita masih ada masa depan.
kita sama-sama berjuang dan bertahan.
masih ada kebahagiaan yang menunggu kita.
yang penting,
kita kena percaya.

listening-Hare Hare Ya (lagu jepun lol)
19 September,
10.30 pm.

Comments

beranda

new year, new opportunity